Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cita Citata promosi produk tanpa bayaran

    PENGUSAHA produk kosmetik Eyka Beauty Worldwide, Datin Seri Cik Nur Shafiqah Noor Azmi (Fika), 28, terharu selepas penyanyi dangdut popular Indonesia, Cita Citata sudi merakamkan video mempromosikan tiga produk komestik di bawah keluaran syarikatnya.

    “Cita memaklumkan kepada pelawak Vicka kumpulan Saywho dia mahu mempromosikan produk saya di laman sosial Instagram melalui akaun peribadi miliknya namun tidak dapat kerana masih mempunyai kontrak dengan pihak pengurusannya.

    “Walau bagaimanapun dia memberi kebenaran memuat naik video itu di Instagram milik saya, @qasehfeyqa tanpa mengenakan sebarang caj,” katanya.

    Fika mengenali Cita Citata melalui Vicka Saywho yang juga rakan karib penyanyi terkenal dengan lagu Sakitnya Tuh Disini, Goyang Dumang dan Perawan Atau Janda, awal bulan ini.

    Selama berurusan, Cita seorang yang menyenangkan dan tidak sombong.

    Cita Citata telah berkesudian untuk merakamkan video mempromosikan tiga produk kosmetik tanpa sebarang bayaran.
    Cita Citata telah berkesudian untuk merakamkan video mempromosikan tiga produk kosmetik tanpa sebarang bayaran.

    “Cita memberitahu dia berkemungkinan besar akan mengunjungi Kuala Lumpur pada Ogos untuk bercuti.

    “Dia berhasrat membincangkan perancangan syarikat saya untuk melantiknya sebagai duta produk.

    “Kami berminat melamarnya sebagai duta dan akan melakukan pelancaran produk Eyka Beauty Worldwide penghujung tahun ini atau awal tahun depan sempena memperkenalkan satu lagi produk kosmetik kami,” katanya.

    Produk ini akan memasuki pasaran Timur Tengah Disember depan, di mana beberapa program membabitkan penggunaan produk ini sudahpun dirangka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda