Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Cita Citata rampas suami orang?

    Nama penyanyi Cita Citata menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli politik bernama Didi Mahardika.

    Isu ini menjadi topik perbualan selepas Cita dilihat memuat naik gambar menerusi media sosial di lokasi sama keberadaan cucu kepada Presiden Indonesia yang pertama itu.

    Meskipun tiada sebarang perkongsian foto bersama, namun dalam salah satu gambar yang dimuat naik Cita, warganet terlihat tangan seorang lelaki merangkul bahunya dipercayai Didi.

    Hubungan itu bagaimanapun tidak disenangi ramai kerana status Didi yang masih bergelar suami kepada seorang wanita bernama Rosmanizar.

    Masih mengunci mulut mengenai perkara itu, Cita menerusi status di akaun Instagramnya bagaimanapun memberitahu segalanya pasti akan terjawab tidak lama lagi.

    “Masa akan menjawab,” jelasnya. – Agensi

    Cita Citata menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli politik bernama Didi Mahardika. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...