Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cita rasa fusion

    UMUM dalam sesebuah keluarga memiliki pelbagai cita rasa makanan yang tersendiri sehingga ada di kalangan para ibu agak runsing dalam menyediakan sesetengah hidangan demi memuaskan citarasa suami dan anak-anak.

    Sekiranya para ibu boleh menggabungkan menu hidangan fusion atau antarabangsa dalam satu meja yang sama.

    Walaupun menyediakan menu fusion kedengaran agak rumit namun ternyata untuk menyediakannya juga dapat dilakukan sendiri di rumah di mana ia setentunya lebih menjimatkan sebagaimana mengikut resipi yang dikongsikan. Selamat mencuba!

    Calak Daging

    Bahan-bahan inti:

    300 gram daging

    2 sudu besar sebuk kari

    1 biji bawang besar

    2 ulas bawang putih

    Sedikit lada putih atau lada sulah

    Bahan-bahan hiasan:

    2 biji cili merah (hiris halus)

    Bawang goreng

    Daun bawang

    Daun sup

    Bahan-bahan adunan:

    2 cawan tepung gandum

    2 biji telur

    4 cawan santan air

    ½ sudu kecil garam

    ¼ sudu kecil pewarna kuning

    Cara membuat inti:

    Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam. Kacau sehingga kering airnya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

    Cara membuat adunan:

    Bancuh semua bahan adunan kuih cara dan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Panaskan loyang kuih dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.

    Lobster Percik

    Bahan-bahan:

    600 gram udang kara (lobster)

    150 gram keju mozzarella

    1 biji kelapa santan

    Bahan kisar:

    100 gram bawang kecil

    20 gram bawang putih

    20 gram halia

    4 batang serai

    100 gram lengkuas

    30 gram belacan

    10 gram jintan putih

    30 gram cili kering

    10 gram gula Melaka

    Cara membuat:

    Ambil isi udang dan dipotong kecil. Asingkan. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Campurkan isi udang dan garam secukup rasa. Masukkan santan dan sedikit air. Didihkan sehingga agak pekat. Kemudian, ambil bahan masakan tadi dan masuk ke dalam cengkerang udang. Taburkan keju mozzarella. Bakar di dalam oven sehingga kuning keemasan.

    Kerabu Daging

    Bahan-bahan:

    300 gram daging batang pinang

    1 biji timun saiz kecil

    5 biji bawang merah (dihiris)

    4 camca besar pati santan

    5-6 biji limau kasturi (perah jus)

    Gula secukup rasa

    Sos ikan secukupnya

    Bahan hiris halus:

    2 kuntum bunga kantan

    1 batang serai(ambil bahagian putih)

    5 biji cili padi

    2 helai daun limau purut muda

    Bahan tumbuk halus:

    2 biji cili merah

    4 biji cili padi

    1 inci belacan(dibakar)

    Cara membuat:

    Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas. Manakala, timun dibelah empat, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan. Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan di atas kecuali jus limau kasturi, garam dan gula serta santan. Gaul semua sehingga rata, masukkan santan dan gaul lagi. Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Biarkan seketika dan hidangkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda