Citizens hambar di Etihad

MANCHESTER, 19 SEPT – Manchester City membuatkan Pep Guardiola merasa ‘bersalah’ selepas rayuannya meminta sokongan lebih padu daripada penyokong berakhir dengan keputusan mengecewakan apabila seri 0-0 ketika bertemu Southampton.

Guardiola mencetuskan rasa kurang senang peminat City apabila meminta lebih ramai sokongan hadir selepas hanya 38,062 penonton menyaksikan perlawanan di Stadium Etihad ketika mencatatkan kemenangan 6-3 ke atas Leipzig pada saingan Liga Juara-Juara.

Jumlah agak rendah itu adalah kerana kurangnya penyokong Leipzig dan ia sebenarnya menghampiri kapasiti penonton Stadium Etihad sebanyak 55,000 yang menyaksikan perlawanan ketika melayan kunjungan Southampton.

Di sebalik semua itu, Guardiola masih mendapat sokongan daripada penyokong. Bagaimanapun beliau mengakui ia adalah aksi mengecewakan kerana pasukannya gagal menjaringkan gol. “Selalunya apabila perlawanan tidak berakhir dengan baik, saya bersimpati dengan penyokong.

“Mereka datang untuk menyaksikan perlawanan kami dan apabila ia tidak berlaku, saya berasa bersalah kerana kami gagal beraksi dengan baik,” kata Guardiola. Guardiola menegaskan tidak mempersoalkan kesetiaan penyokong dan mengulangi pendiriannya itu. – AFP

Ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola semasa perlawanan EPL antara Manchester City dan Southampton di Stadium Etihad di Manchester, semalam. – AP