Citizens menang bergaya

MANCHESTER, 27 JAN – Juara bertahan Manchester City meneruskan misi mereka untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila pasukan itu berjaya menewaskan Fulham 4-0 di stadium Etihad semalam dan mara ke pusingan ke-5 Piala FA.

Fulham yang terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila Tim Ream dilayangkan kad merah pada babak pertama awal perlawanan di minit ke-6 dan City tidak mensia-siakan peluang kelebihan mereka.

Gabriel Jesus pemain penyerang City berjaya membolosi gawang pihak lawan sejurus sahaja Tim Ream diarah keluar padang serta diikuti oleh jaringan kedua mereka menerusi Ilkay Gundogan yang mendapat sepakan penalti yang diambil oleh rakannya Bernardo Silva.

Fulham cuba untuk bertahan daripada serangan City namun sekali lagi Gabriel berjaya menjaringkan gol dengan menanduk bola melepasi penjaga gawang Fulham.

Pasukan Pep Guardiola sekarang sudah memenangi 17 perlawanan piala liga berturut-turut.

The Catalan berharap akan dapat membawa pulang Piala FA di musim ini kerana mereka sudah ketinggalan jauh di belakang Liverpool di kejohanan Liga Perdana dengan perbezaan 16 mata dari tempat teratas.

Guardiola telah membuat lapan penukaran dari kesebelasan utamanya yang telah memenangi perlawanan menentang Shefffield United minggu lalu, tetapi masih memiliki pasukan yang kuat dengan gandingan David Silva, Bernardo Silva dan Gundogan.

Pasukan pengurus Fulham juga turut membuat penukaran kesebelasan utama mereka kerana menumpukan untuk mendapatkan tempat di Liga Perdana musim depan. – AFP

Reaksi pemain-pemain Manchester City ketika meraikan jaringan gol Bernardo Silva di pusingan ke-4 Piala FA menentang Fulham di Stadium Etihad. – AP