Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Citrawarna: Langkah tambahan untuk pastikan keselamatan pengunjung

    KUCHING, 23 FEB – Langkah tambahan dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat diadakan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti sepanjang acara Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata SOP bagi karnival empat hari itu yang bermula esok di Tebingan Kuching di sini, telah disusun rapi supaya pengunjung dapat bersiar-siar dengan tenang.

    Beliau berkata untuk mengadakan acara besar pada masa ini, keutamaan pertama adalah keselamatan orang ramai. “Kita tidak akan membahayakan keselamatan kesihatan awam, seperti ketika kita membuka sempadan untuk ketibaan antarabangsa atau pelancongan domestik atau acara yang menarik orang ramai. SOP perlu dibuat dahulu.

    “Orang ramai perlu faham, kita berada dalam persekitaran virus COVID-19, masih ada selepas dua tahun dan mungkin menjejaskan kita untuk beberapa lama lagi. Kita juga perlu menyesuaikan minda kita kerana ia masih ada, kita perlu hidup dalam norma baharu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...