Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    City belasah Stoke 7-2

    LONDON, 15 Okt – Manchester City mengekalkan permulaan cemerlang mereka musim ini apabila pendahulu Liga Perdana itu membelasah Stoke City 7-2.

    Dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United meraih keputusan seri di Anfield dalam perlawanan lebih awal, ia adalah pesaing mereka City membuat persembahan bertenaga untuk melonjak dua mata di hadapan. Melengkapkan hari dramatik, Arsenal ketinggalan sembilan mata di belakang City selepas Watford bangkit dari belakang untuk meraih kemenangan mengejut 2-1.

    Pasukan kendalian Pep Guardiola itu menjaringkan tiga gol dalam tempoh 27 minit pertama di Eastlands, memastikan kemenangan keenam liga berturut-turut dengan bergaya.

    City mendapat gol pendahuluan menerusi Gabriel Jesus pada minit ke-17 dan Raheem Sterling menggandakan kelebihan mereka dua minit kemudian dengan satu tolakan.

    David Silva mendapatkan gol ketiga City dengan satu penyudah mudah selepas satu serangan menarik pada minit ke-27.

    Pemain tengah City, Bernardo Silva ketika menjaringkan gol ketujuh Man City dalam aksi Liga Perdana menentang Stoke City di Stadium Etihad. – AP

    Stoke berjaya mengurangkan defisit menerusi Mama Biram Diouf dengan satu percubaan yang terbias pada minit ke-44 dan pertahanan City dibolosi lagi apabila Kyle Walker memasukkan bola ke gawang sendiri dua minit selepas rehat.

    Tetapi jaringan kedua Gabriel pada minit ke-55 telah mengembalikan penguasaan dan rakan senegaranya, Fernandinho menjadikan perlawanan milik City lima minit kemudian.

    City menjaringkan gol keenam dalam satu perlawanan buat kali kedua musim ini apabila Leroy Sane menemui sasaran pada minit ke-62.

    Gol pertama Bernardo Silva buat City, pada minit ke-78, menjadikan 24 gol bagi pasukannya dalam lima perlawanan liga terakhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda