Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    City tundukkan Chelsea 1-0, sambut kejuaraan Liga Perdana

    MANCHESTER, 22 MEI – Manchester City meraikan kejuaraan Liga Perdana dengan bergaya setelah kemenangan 1-0 menentang Chelsea, semalam.

    Gol minit ke-12 Julian Alvarez memastikan kemenangan ke-12 berturut-turut dalam liga tersebut untuk pasukan Pep Guardiola yang melihat penyokong melakar kemenangan dengan menceroboh padang selepas wisel penamat.

    Ia adalah gelaran ketiga berturut-turut untuk City dan yang kelima dalam enam musim untuk pasukan yang mendominasi bola sepak Inggeris. Dan ia boleh menjadi permulaan kepada tiga trofi ‘treble’ bersejarah musim ini, dengan perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Piala FA masih akan datang. – AP

    Pemain-pemain dan kakitangan Manchester City termasuk Pep Guardiola meraikan dengan trofi Liga Perdana Inggeris selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -