Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

City mengorak langkah

-

LONDON, 29 Mac – Misi Manchester City melakar 15 kemenangan berturut-turut dan memburu empat kejuaraan diteruskan lagi dengan kunjungan ke Fulham esok.

Pengendali City Pep Guardiola berusaha untuk mengurangkan tekanan dengan tidak bercakap banyak tentang misi menyapu bersih semua trofi dan dalam tempoh dua bulan mendatang, skuadnya perlu menampilkan aksi yang terbaik.

Dengan Piala Liga sudah dalam genggaman, juara bertahan itu masih berada dalam kedudukan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Juara-Juara serta Piala FA.

Rekod 19 kemenangan dalam 20 perlawanan terakhir meletakkan City dalam kedudukan terbaik untuk memenangi semua pertandingan dan rehat perlawanan antarabangsa selama dua minggu hadir tepat pada masanya bagi dia mengecas semula kecergasan skuadnya.

Pemain yang sudah berusia seperti Sergio Aguero, David Silva dan Fernandinho tidak lagi bersama skuad kebangsaan Argentina, Sepanyol dan Brazil.

Reaksi Aguero semasa menjaringkan gol pada aksi Piala FA pada 16 Mac lalu. Misi Manchester City melakar 15 kemenangan berturut-turut dan memburu empat kejuaraan diteruskan dengan kunjungan ke Fulham. – AP

Manakala tonggak pertahanan City musim ini, Aymeric Laporte terus diketepikan pengendali Perancis Didier Deschamps.

Tempoh rehat itu juga memberi ruang buat Kevin de Bruyne, Vincent Kompany, Nicolas Otamendi, John Stones, Fabian Delph dan Benjamin Mendy pulih daripada kecederaan masing-masing.

“Mereka perlu beraksi untuk pasukan kebangsaan dan nikmati perlawanan tersebut tetapi saya harap mereka kembali ke sini dengan tahap kecergasan seperti sekarang,” menurut Guardiola.

“Mungkin mereka beraksi di luar, menjaringkan tiga gol dan kembali dengan rentak yang sama, siapa tahu? Saya mahu mereka cergas.”

Pemain-pemain utama seperti Ilkay Gundogan, Leroy Sane dan Bernardo Silva pulang daripada tugasan antarabangsa tanpa sebarang kecederaan.

Sementara itu prestasi cemerlang Raheem Sterling di peringkat kelab berterusan di pentas antarabangsa yang menyaksikan dia meledak empat gol untuk England ketika bertemu Republik Czech dan Montenegro. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -