LONDON, 30 Sept – Manchester City mengambil peluang untuk menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Brighton 2-0 tatkala dua seteru tetangga London, Tottenham dan Arsenal turut melakar kemenangan, malam tadi.
City merampas kedudukan Liverpool di puncak liga selepas beraksi lebih awal berbanding Reds dan Chelsea yang berkesudahan dengan jaringan 1-1.
Beraksi di gelanggang sendiri Etihad, gol kemenangan City ke atas Brighton yang menewaskan Manchester United di awal musim ini dijaringkan Raheem Sterling dan Sergio Aguero pada kedua-dua babak permainan.
Tottenham dalam pada itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield manakala Arsenal membenam Watford dengan jaringan yang sama.
City selepas ini akan membuat kunjungan penting bertemu Hoffenheim dalam kancah Liga Juara-Juara minggu depan selepas tewas aksi pembukaan kepada Lyon.
Leroy Sane membuktikan dia mampu memainkan peranan utama apabila hantaran rendahnya berjaya disambut Sterling untuk gol pada minit ke-29 tetapi mereka perlu menunggu 25 minit selepas babak kedua berlangsung untuk menggandakan kedudukan menerusi Aguero.
Tottenham dalam pada itu mendaki tangga keempat liga dengan penyerang England, Harry Kane kembali meraih semula ‘ketajamannya’ apabila menyumbat kedua-dua gol kemenangan. – AFP
































