‘City Run Brunei’ kutip lebih $30,000

Oleh Fizah HAB

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Sebanyak $31,818 telah berjaya dikutip melalui larian amal untuk Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang dianjurkan bersama oleh pihak pengurusan Heroes Event dan Fizzy Fire Apparel, pagi tadi.

Beratus-ratus orang pelari telah berkumpul di perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien ibu negara untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan ‘City Run Brunei’ yang pertama.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang menyampaikan sumbangan kepada wakil Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman, turut menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang pertama pelari lelaki dan perempuan untuk larian 11.5 km.

Menurut Pengarah Urusan Heroes Event Management dan Armtrix Enterprise, Aaron Goh, beliau bersama pasukannya menganjurkan acara amal ini dengan nilai tambah untuk masyarakat dan orang ramai di negara ini.

“Objektif yang bermakna bagi ‘City Run Brunei’ adalah mendidik para peserta untuk menghargai bandar yang indah dengan kenangan masa lalu dan apa yang akan datang dari masa depan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan sumbangan daripada kutipan acara amal ‘City Run Brunei’ kepada wakil Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan ‘City Run Brunei’.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan ‘City Run Brunei’.