City terlepas hukuman berat

PARIS, 14 OGOS – Manchester City didapati bersalah oleh FIFA kerana melanggar peraturan bagi pendaftaran dan perpindahan antarabangsa bagi pemain-pemain berusia bawah 18 tahun, umum badan pentadbir bola sejak dunia itu.

Juara Liga Perdana itu mungkin berdepan pengharaman perpindahan, tetapi Jawatankuasa Disiplin FIFA hanya mendenda 370,000 Swiss Francs.

Satu kenyataan FIFA menyatakan hukuman itu mengambil kira bahawa Manchester City mengaku bertanggungjawab atas perkara itu.

Sementara mengesahkan bahawa mereka sanggup membayar denda itu, City mendakwa masalah-masalah itu timbul sebelum FIFA mengesahkan peraturan-peraturan itu.

Kelab dalam kenyataannya menyatakan denda itu adalah mengenai ‘perpindahan antarabangsa beberapa orang pemain berusia 18 tahun ke bawah, terutamanya berhubung

dengan tempoh bicara dan penyertaan mereka dalam perlawanan-perlawanan persahabatan’. – AFP