Clasico terakhir Lionel Messi?

MADRID, 9 APRIL – Perlawanan ke-45 Lionel Messi (gambar) dalam perlawanan Clasico Ahad ini boleh menjadi yang terakhir buatnya ketika Barcelona tampak mahu memperkukuhkan kembali kekuatan mereka di bawah Ronald Koeman dengan menewaskan Real Madrid dan meraih kedudukan teratas La Liga.

Hadiah buat pemenang di Valdebebas ialah menyingkirkan Atletico Madrid daripada kedudukan teratas buat pertama kali sejak Disember ketika kelab itu mengukuhkan kedudukan hingga mencipta kelebihan 10 mata bersama satu perlawanan dalam tangan pada permulaan Februari.

Namun Atletico bergelut kebelakangan ini selain kebangkitan Madrid dan Barca, menyaksikan kelebihan itu semakin berkurangan dan persoalan kini sama ada Diego Simeone boleh pulih untuk meneruskan pemburuan liga hingga penghujung.

Siapa perlu diatasi Atletico dalam sembilan perlawanan terakhir bergantung kepada keputusan di Alfredo di Stefano, ketika kedua-dua kelab berharap akan mencipta sesuatu yang besar selepas peningkatan dipamerkan mereka.

Kejayaan buat Barcelona akan menjadi petanda jelas apa yang dipamerkan sejak beberapa bulan lalu, permulaan pemulihan yang berlaku bersama ketidakpastian mengenai masa depan Messi musim panas ini.

Messi dijangkakan tidak akan memikirkan mengenai kontrak baharu sehingga penamat musim tetapi Juan Laporta mula merancang sesuatu. – AFP