Claudia Kim kini hamil anak pertama

Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Claudia Kim kini disahkan sedang hamil cahaya mata pertamanya dengan Cha Mi Geun. Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan iaitu Cuture Depot mengesahkan kandungan Claudia Kim sudah memasuki 15 minggu.

“Kami ingin berkongsi berita gembira bahawa Claudia kini sedang mengandung dan kandungannya telah mencecah 15 minggu. Buat masa sekarang, dia sedang berehat.

“Dia mahu tumpukan sepenuhnya kepada kehamilan, jadi kami akan mengaturkan semula jadualnya dengan teliti supaya dia akan menghadiri beberapa acara keutamaan sahaja.

“Terima kasih kepada semua atas sokongan dan ucapan tahniah yang diberikan,” katanya.

Claudia Kim berkahwin dengan Cha Min Geun pada Disember tahun lalu. – Agensi

Kandungan Claudia kini masuk 15 minggu. – Agensi