MONACO, 6 JAN – Pemain Belgium, Philippe Clement telah dinamakan sebagai jurulatih baharu Monaco, menggantikan Niko Kovac yang dipecat, kata kelab Ligue 1 itu Isnin lalu.
Bekas bos Bayern, Kovac dipecat minggu lalu dengan pasukan Principality di tempat keenam dalam carta, 17 mata di belakang pendahulu, Paris Saint-Germain (PSG).
Pemenang Ligue 1 2017 itu disingkirkan daripada peringkat kelayakan Liga Juara-Juara musim ini dengan Kovac bertanggungjawab.
Clement, 47, menuju ke Stade Louis II dengan perjanjian sehingga Jun 2024 selepas dua musim bersama juara Belgium, kelab Brugge.
Dalam satu kenyataan dalam bahasa Inggeris di laman sesawang kelab, ketua eksekutif, Oleg Petroy berkata “keupayaan Clement terbukti untuk melahirkan yang terbaik dalam pasukan muda dan berbakat” menjadikannya dia orang yang tepat untuk meneruskan usaha kelab membawa Monaco “kembali ke dalam elit bola sepak Perancis dan ke pentas Europa dengan cara yang mampan.”
Menurut majalah Forbes, pemilik pasukan Monaco, Dmitry Rybolovley bernilai AS$6.7 bilion dan kelab tersebut telah memenangi dua trofi sejak diambil alih pada 2011.
Clement, yang memenangi Liga Super Belgium dalam tiga kempen lalu, akan mewarisi skuad termasuk veteran yang berpengalaman seperti Cesc Fabregas, Kevin Volland dan Wissam Ben Yedder serta pemain muda, Myron Boadu dan Benoit Badiashile. – AFP