LOS ANGELES, 15 Jan – Pasukan Los Angeles Clippers membalas kekalahan dengan mengetepikan Los Angeles Laker 113-97 dalam perlawanan ulangan semalam di Staples Center arena. Pasukan Lakers menewaskan Clippers 111-102 tiga minggu lalu ketika pemain-pemain yang mengalami kecederaan, Chris Paul, JJ Redick dan Blake Griffin hanya menonton dari tepi gelanggang.
Ia adalah salah satu dari dua kemenangan yang dicatatkan Lakers pada bulan Disember dan ia menamatkan kemenangan ke 11 Clippers berturut–turut. Lakers mengumpulkan 3-4 pada Januari selepas tewas 14 atau 16 perlawanan pada Disember lalu. Pasukan Clippers mendominasi setiap sudut dalam pertembungan semula ketika Paul kembali ke barisan utama dan JJ Redick kembali pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan Lakers.
Griffin masih lagi tidak dapat beraksi dengan satu lagi senarai panjang kecederaan tetapi Clippers menunjukkan mereka boleh berjaya tanpanya dalam barisan itu.
Clippers, yang memperbaiki kepada 28-14 musim ini, bermula dengan pantas semalam.
Clippers mengukuhkan dominan mereka dengan mencatatkan 11-0 lewat suku pertama dan menghasilkan pendahuluan 19 mata, 58-39 pada separuh masa. – AFP
































