Clippers berjaya tundukkan Heat

LOS ANGELES, 12 NOV – Los Angeles, Clippers berjaya melebarkan rekod kemenangan mereka kepada enam perlawanan kelmarin, bangkit daripada ketinggalan 17 mata dan bertahan untuk kemenangan 112-109 ke atas Miami Heat.

Paul George menjaringkan 27 mata dan Reggie Jackson menjaringkan kesemua 22 matanya pada separuh masa kedua untuk Clippers, yang memberikan Heat kekalahan kedua berturut-turut dalam beberapa hari di Los Angeles selepas ditewaskan pada masa tambahan di tangan Lakers.

Pasukan Heat kelihatan berazam untuk bangkit daripada kekecewaan itu apabila mereka mendahului 17 mata pada suku pertama, dibantu oleh 19 mata daripada Bam Adebayo yang kemudian mencatat mata tertinggi musim ini dengan 30 mata. Pada separuh masa, bagaimanapun, Clippers merapatkan jurang 58-56 dan mereka mendahului 86-78 ketika memasuki suku keempat.

Los Angeles mengasak untuk meraih 11 mata pada awal tempoh akhir, tetapi Miami kekal mengejar mata apabila Kyle Lowry berjaya menjaringkan 22 daripada 25 matanya pada pusingan keempat. – AFP

Aksi pemain Clippers, Nicolas Batum menghalang percubaan dari pemain Heat, Duncan Robinson pada suku keempat perlawanan kelmarin. – AFP