Clippers semakin hampir dapatkan Bledsoe

LOS ANGELES, 17 OGOS – Pasukan Los Angeles Clippers akan mendapatkan pemain Memphis, Eric Bledsoe dalam perjanjian yang akan menyaksikan Rajon Rondo dan Patrick Beverley berpindah ke The Grizzlies, menurut laporan Los Angeles Times, baru-baru ini.

Menurut sumber yang tidak dinyatakan, akhbar tersebut menyebut bahawa Clippers akan melepaskan pemain veteran, Beverley dan Rondo, serta pemain tengah, Daniel Oturu, dalam pertukaran tersebut.

Bledsoe, 31, veteran NBA 11 tahun dengan purata karier menjaringkan 14 mata, 4.7 assist 3.9 rebound dan 1.4 steal bagi setiap perlawanan.

Secara purata dia menjaringkan 12.2 mata, 3.8 assist dan 3.4 rebound bagi satu perlawanan musim lalu dalam 71 perlawanan bersama New Orleans Pelicans.

Bledsoe memulakan karier NBA bersama Clippers, bermain untuk tiga musim sebelum ditukar ke Phoenix Suns pada Julai 2013.

Bledsoe menyertai Memphis awal bulan ini dengan perjanjian selama tiga tahun yang melibatkan pasukan Pelicans, Grizzlies dan Charlotte Hornets.

ESPN melaporkan perjanjian akan menjimatkan Clippers AS$30 juta dalam cukai NBA dan memberi ruang AS$8.3 untuk menukar pemain namun mereka perlu menggunakannya dalam tempoh setahun. – AFP

Gambar fail Eric Bledsoe ketika beraksi menentang Philadelphia 76ers di Wells Fargo Center pada Mei lalu. – AFP