Clippers tewaskan mavericks dalam pembukaan siri playoff

LOS ANGELES, 18 OGOS – Kawhi Leonard menjaringkan 29 mata dan 12 rebound manakala Paul George menjaringkan 27 mata untuk membantu Los Angeles Clippers menewaskan Dallas Mavericks 118-110 dalam perlawanan pembukaan siri playoff.

“Ini merupakan tahun ke-10 saya bermain dalam liga dan saya masih merasa gementar,” kata George.

“Ia mengambil masa untuk saya menunjukkan permainan tetapi saya sentiasa ingat untuk membiarkan potensi permainan terus berkembang. Bintang Dallas berusia 21 tahun, Luka Doncic menjaringkan mata tertinggi iaitu sebanyak 40 mata, untuk menjadi pemain pertama dalam sejarah NBA mencatat 40 mata persembahan dalam perlawanan sulung playoff.

“Dia adalah bintang masa depan,” kata George mengenai Doncic, yang membuat sembilan assist dan tujuh rebound. “Kami tidak menjangkakan untuk menghentikannya tetapi kami mahu membuatkan dia merasa letih dengan sedaya mungkin”.

Marcus Morris menjaringkan 19 mata untuk Clippers, yang mencuba untuk beraksi dalam dua perlawanan dari siri tujuh perlawanan terbaik pada hari Rabu.

Dallas yang bermain tanpa pemain bintang mereka, Kristaps Porzingis selepas dia dikeluarkan ketika cuba campur tangan dalam pertengkaran antara rakan sepasukannya Doncic dan pemain Clippers, Morris.

Porzingis, yang dikeluarkan selepas Morris dilihat melakukan kekerasan. Ia adalah kesalahan teknikal kali kedua dalam perlawanan tersebut.

Mavericks mendahului siri pembukaan 71-66 semasa aksi permulaan. Porzingis memperoleh 14 mata dan enam rebound dalam 20 minit.

Jamal Murray turut menjaringkan 36 mata, termasuk 10 mata dalam masa tambahan, ketika Denver Nuggtes mengatasi persembahan 57 mata dari Donovan Mitchell untuk menewaskan Utah Hazz 135-125 dalam siri pusingan pertama playoff.

Nikola Jokic menamatkan perlawanan dengan 29 mata dan 10 rebound untuk Denver, yang mana telah dilanjutkan oleh Jazz buat kali kedua berturut-turut bagi kebanyakan perlawanan. – AFP