Clotet akan pergi tinggalkan Birmingham

LONDON, 9 JUN – Pengurus Birmingham, Pep Clotet akan mening-galkan kelab Championship itu pada akhir musim ini setelah menyertai kelab itu selama setahun.

Clotet menyertai Birmingham sebagai pembantu jurulatih Garry Monk pada bulan Mac 2018 sebelum menggantikannya sebagai pengurus pada bulan Jun tahun lalu.

Bekas pemain Sepanyol berusia 43 tahun itu pada mulanya diberi tugas sebagai pengurus sementara sebelum dilantik secara tetap pada bulan Disember.

Kelab itu mengatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka telah “bersetuju untuk membiarkan pemain berusia 43 tahun itu mencari peluang lain.”

Clotet berada di bawah tekanan setelah kurang menyerlah pada awal musim ini, tetapi 10 perlawanan tanpa kalah sebelum penangguhan akibat COVID-19 menyelamatkan Birmingham jauh dari zon penyingkiran.

“Ini keputusan yang sangat sukar untuk diambil kerana merupakan satu istimewa untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Blues, tetapi ini adalah langkah terbaik untuk semua orang dan ini membolehkan kelab untuk terus maju dengan visi dan strategi mereka,” kata Clotet.