Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cloud, LinkedIn bantu Microsoft

    SAN FRANCISCO, 25 Okt – Microsoft semalam berkata keuntungannya dalam suku yang berakhir baru-baru ini meningkat di sebalik pendapatan daripada perkhidmatan yang dianjurkan dalam komputer Cloud Internet dan rangkaian sosial yang menumpukan pada kerjaya, Linkedln.

    Syarikat teknologi yang berpangkalan di Redmond, Washington itu melaporkan pendapatan bersih sebanyak AS$8.8 bilion berdasarkan hasil berjumlah AS$29.1 bilion dalam suku yang berakhir 30 September, meningkat 34 peratus dan 19 peratus masing-masing berbanding tempoh yang sama setahun sebelumnya.

    Saham naik 1.6 peratus kepada AS$104 dalam perniagaan selepas pasaran yang menyusuli pengeluaran angka pendapatan untuk suku pertama tahun fiskalnya.

    “Kami mencatat permulaan hebat dalam tahun fiskal 2019, hasil daripada inovasi dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami untuk menjana perubahan digital mereka,” kata ketua eksekutif Microsoft , Satya Nadella dalam satu siaran akhbar.

    “Kami berasa gembira untuk membantu pelanggan kami membina keupayaan digital yang diperlukan oleh mereka untuk berkembang.”

    Nadella telah memimpin perubahan di Microsoft daripada sebuah syarikat yang menumpu pada perisian yang dipasang dalam mesin di rumah dan perniagaan untuk memperoleh wang daripada perkhidmatan yang terdapat dalam Internet dan boleh didapati daripada pelbagai peranti tanpa mengambil kira siapa yang menghasilkannya.

    “Keputusan kami untuk suku pertama mencerminkan komitmen kami terhadap pelaburan strategik jangka panjang dan pelaksanaan konsisten untuk menjana pertumbuhan pendapatan dan perkembangan margin operasi,” kata ketua pegawai kewangan Amy Hood.

    “Kami melihat permintaan berterusan untuk tawaran perkhidmatan Cloud kami, digambarkan dalam pendapatan Cloud komersial kami sebanyak AS$8.5 bilion, meningkat 47 peratus tahun-ketahun.”

    Wang yang diperoleh oleh produktiviti dan unit proses perniagaan meningkat kepada AS$9.8 bilion, termasuk pertumbuhan yang kukuh dalam produk produktiviti Office yang menyasarkan pengguna dan syarikat, menurut Microsoft. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda