Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    CMA CGM, TotalEnergies turunkan harga

    PARIS, 22 JULAI – Syarikat minyak Perancis, TotalEnergies dan syarikat perkapalan pengiriman, CMA CGM mengumumkan pemotongan harga hari ini seperti yang dituntut oleh kerajaan di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat untuk mengenakan cukai ke atas keuntungan mereka.

    TotalEnergies berkata ia akan menurunkan harga diesel dan petrol di stesen minyak sebanyak 20 euro centimes dari September hingga November dan 10 centimes selepas itu.

    CMA CGM mengeluarkan kenyataan tentang pengurangan dalam harga pengangkutannya untuk menyokong kuasa pembelian keluarga dan ekonomi di Perancis.

    Menteri Ekonomi Perancis, Bruno Le Maire telah memilih kedua-dua syarikat tersebut dalam satu temu bual dengan akhbar Le Monde pada Rabu lalu, menyeru mereka supaya ‘cuba berusaha.’

    Beliau telah menolak gesaan daripada ahli parti pemerintah, serta parti pembangkang, meminta kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan kedua-dua syarikat.

    “Kita tidak sepatutnya terjerumus ke dalam penipuan intelektual yang mencadangkan bahawa setiap syarikat Perancis telah mengaut keuntungan daripada krisis yang berlaku,” kata beliau kepada akhbar itu.

    “Pemotongan cukai adalah sebahagian daripada DNA parti pemerintah,” katanya.

    Dewan parlimen telah meluluskan beberapa langkah bernilai 20 bilion euro hari ini untuk membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi dan mengatasi peningkatan inflasi secara mendadak yang berpunca daripada kenaikan harga minyak dan gas.

    Sementara itu, perdebatan akan disambung semula hari ini mengenai cara-cara untuk membiayai langkah-langkah tersebut, dengan cukai ke atas kumpulan tenaga dan pengangkutan menjadi salah satu agenda. – AFP

    TotalEnergies dan CMA CGM telah mengumumkan pemotongan harga untuk membantu ekonomi dan rakyat di Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...