Coates: Sukan Olimpik tetap diteruskan 2021

SYDNEY, 7 SEPT – Sukan Olimpik Tokyo yang tertunda akan tetap diteruskan tahun hadapan meskipun berlaku pandemik koronavirus, menurut naib presiden IOC John Coates memberitahu AFP hari ini, berikrar bahawa ia akan menjadi ‘Sukan yang mengatasi COVID-19’.

Sukan Olimpik tidak pernah dibatalkan selain perang dunia, dan Coates, bercakap menerusi temu bual telefon, bertegas bahawa Sukan Olimpik Tokyo akan bermula semasa tarikh yang telah direviu semula.

“Ia akan dilangsungkan dengan atau tanpa COVID-19. Sukan Olimpik akan bermula pada 23 Julai tahun depan,” kata Coates, yang mengetuai Suruhanjaya Koordinasi Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik untuk Sukan Tokyo.

“Sukan akan menentukan tema mereka, Sukan Pembinaan Semula selepas tsunami yang membawa kehancuran,” katanya, yang merujuk kepada kejadian gempa dan
tsunami di timur laut Jepun pada 2011.

“Sekarang seperti yang berlaku bahawa temasya sukan itu akan menakluki COVID-19, kegembiraan selepas penderitaan.”

Dalam keputusan penting, Olimpik 2020 ditangguhkan kerana penularan wabak di seluruh dunia dan mereka kini bakal memulakan Sukan pada 23 Julai 2021.

Tetapi sempadan Jepun masih lagi sebahagian besarnya ditutup bagi pengunjung asing dan menunggu vaksin selama berbulan-bulan malahan tahun, memberikan spekulasi mengenai adakah Sukan Olimpik dapat dilangsungkan sama sekali.

Pegawai Jepun telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan menunda buat kali kedua melebihi 2021.

Terdapat tanda-tanda bahawa minat orang ramai di Jepun semakin berkurang setelah tinjauan baru-baru ini mendapati hanya satu dari empat orang Jepun yang ingin meneruskan Olimpik pada tahun depan, dengan ramai yang menyokong penangguhan sekali lagi atau pembatalan sepenuhnya.- AFP