Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Coca-Cola sedia beli jenama minuman sukan, BodyArmor

    WASHINGTON, 1 NOV – Coca-Cola bersedia untuk mengambil alih sepenuhnya kumpulan minuman sukan, BodyArmor dalam satu perjanjian bernilai AS$5.6 bilion, lapor Wall Street Journal (WSJ), kelmarin.

    Coca-Cola sudah pun memegang 30 peratus saham dalam kumpulan minuman sukan tersebut.

    Pembelian itu yang akan memberi nilai BodyArmor sekitar AS$8 bilion, akan menyaksikan syarikat gergasi soda itu memiliki saham selebihnya sekitar 70 peratus daripada pengasas dan pelabur BodyArmor, serta sekumpulan atlet profesional yang melabur dalam syarikat itu.

    BodyArmor telah disokong daripada asasnya pada tahun 2011 oleh bintang bola keranjang, Kobe Bryant, yang terkorban dalam kemalangan helikopter pada awal 2020 dan telah melabur sekitar AS$6 juta dalam syarikat itu.

    WSJ melaporkan estet Bryant seharusnya mengumpulkan sekitar AS$400 juta daripada perjanjian itu, memetik orang yang rapat dengan kes tersebut.

    Coca-Cola enggan untuk memberi komen semasa dihubungi oleh AFP.

    BodyArmor adalah pesaing kepada syarikat industri Gatorade, yang dimiliki oleh PepsiCo, pesaing perniagaan utama Coca-Cola.

    BodyArmor menjangka jualan mencecah AS$1.4 bilion tahun ini, berbanding dengan AS$250 bilion pada 2018 apabila Coca-Cola pertama kali melaburkan dalam syarikat tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda