Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Coco gegarkan semula gitar ikonik Mexico

    MEXICO – Salvador Meza telah lama membuat gitar, sedari kecil lagi, namun tangannya sudah menjadi keras dan pembuatan gitar telah ditinggalkannya untuk beberapa tahun namun pada hari ini, terima kasih kepada filem animasi ‘Coco’, Salvador yang berusia 41 tahun kini merupakan salah seorang daripada banyak pembuat gitar yang terkenal di bandar Paracho, Mexico.

    Bandar ini merupakan bandar yang telah menghasilkan gitar yang direka secara sentuhan seni sejak abad ke-18 lagi.

    Namun bandar kolonial ini telah sekian lama ‘mendiamkan’ diri dalam memperkenalkan lagi sentuhan seni gitar mereka namun filem ‘Coco’, pemenang Gloden Globe pada tahun ini untuk filem animasi terbaik dan smash box office yang sehingga ke hari ini telah berjaya mengutip sekitar AS$500 juta di seluruh dunia, gitar itu kembali ‘hidup’.

    Berlatarbelakangkan Mexico, filem ini menceritakan mengenai kisah Miguel, seorang budak lelaki secara rahsia merindukan untuk menjadi seorang ahli muzik di mana dia membesar dalam sebuah keluarga yang sangat membenci muzik.

    Berbalik semula kepada Salvador, dia menyentuh sebuah gitar yang mempunyai hiasan mutiara dan diiringi dengan warna keemasan serta simbol tengkorak hitam yang digayakan dengan penuh kreatif.

    Imej tengkorak itu dipaparkan sebagaimana dalam filem itu dan ia sebenarnya berfungsi untuk memberikan penghormatan terhadap salah satu hari penting buat penduduk Mexico. – AFP

    Imej tengkorak itu merupakan paparan dalam filem itu sendiri dan ia sebenarnya berfungsi untuk memberikan penghormatan terhadap salah satu hari penting buat penduduk Mexico iaitu ‘Mexico’s Day of The Dead’, yang mana merangkumi festival kostum berwarna-warni, hiasan dan gula-gula di mana mengikut tradisi negara itu, orang yang telah mati akan datang kembali untuk melawat kaum keluarga mereka yang masih hidup.

    Pengarah filem berkenaan, Lee Unkrich telah menggelar filem mini itu sebagai ‘Surat Cinta Kepada Mexico’ dan pada hari ini, Mexico sangat menyukainya malah ia adalah sebuah filem yang terlaris di negara itu sepanjang zaman.

    Para pakar animasi di studio Pixar, studio di belakang filem itu telah membuat imej gitar itu berdasarkan gitar sebenar yang dibuat oleh seorang artis dari Paracho, Mexico dan permintaan terhadap replika gitar ini kini semakin tinggi dan kebanyakan tukang gitar bekerja siang dan malam untuk menghasilkan gitar tersebut.

    “Lazimnya, saya bekerja di rumah saya bersama dengan isteri dan kawan-kawan saya tetapi sekarang, saya terpaksa menghubungi ibu, anak saudara, sepupu saya dan banyak lagi untuk membantu saya menyiapkan tempahan orang ramai bagi gitar ini. Kami menjadi obsesi disebabkan oleh ‘Coco’ dan semenjak ‘Coco’ ditayangkan di Mexico pada 20 Oktober tahun lepas, saya hanya tidur tiga jam setiap malam selepas itu dan telah menggandakan ‘output’ dari 50 gitar kepada 100 gitar selama seminggu,” tambah Salvador kepada media.

    Paracho telah menjadi model gitar buat Mexico dan telah mengeluarkan sekurang-kurangnya satu juta gitar klasik selama setahun dan kebanyakannya dieksport ke Amerika Syarikat.

    Lazimnya, gitar-gitar ini adalah karya-karya yang elegan dan dihasilkan dari kayu coklat yang sudah dibakar.

    “Situasi itu berlaku sehingga kota itu menjadi terkenal malah kebanyakan pemilik kedai gitar sentiasa bersaing untuk memenuhi keadaan ‘Demam Coco’ itu.

    Lazimnya, gitar-gitar ini adalah karya-karya yang elegan dan dihasilkan dari kayu coklat yang sudah dibakar. – AFP
    Salvador yang berusia 41 tahun merupakan salah seorang daripada banyak pembuat gitar yang terkenal di bandar Paracho, Mexico. – AFP

    “Kini, kami sentiasa bersaing untuk memenuhi setiap permintaan dan jika saya mempunyai sekitar 1,000 gitar, saya pasti akan menjual semuanya,” kata Maria Eugenia Gomez kepada wartawan media.

    Secara langsung dari sebuah filem Lelaki di sebalik gitar asal ‘Coco’ itu ialah Vazquez dari Jerman, berasal dari Paracho dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada 25 tahun yang lalu, merentasi sempadan Mexico untuk mengejar impian yang tinggi di Amerika Syarikat. Wilayah Michoacan merupakan negeri di mana terletaknya Paracho sehingga bertahun-tahun kebelakangan ini wilayah itu sering diselubungi dengan keganasan yang semakin berleluasa kerana kegiatan dadah dari Knight Templar.

    Wilayah ini merupakan antara negeri-negeri yang mempunyai kadar emigrasi tertinggi ke Amerika Syarikat.

    Selepas Vazquez menyeberangi sempadan, dia memperolehi kerja, akhirnya menjadi warganegara AS dan berjaya membuka bengkel gitarnya sendiri di Los Angeles di mana Pixar menjumpainya. Sekarang ketika berusia 64 tahun, dia cuba mengenang kembali nostalgia tentang perjalanannya di padang pasir seperempat abad yang lalu.

    “Sebenarnya, agak sukar untuk mendapatkan apa-apa tanpa wang, tidak ada apa-apa kecuali keinginan anda untuk bekerja,” kata Vazquez lagi kepada media.

    “Saya melihat watak Miguel sebagai watak saya sendiri di mana dia mahu menjadi seorang pemuzik dan berusaha untuk merealisasikan impiannya, dia berjuang dan terus berjuang sehingga berjaya mencapainya. Saya rasa dengan cara itu, saya seperti Miguel, cinta kepada gitar mengotakan segalanya,” tambah Vazquez mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda