Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Cody bawa kemusnahan di Fiji

    SUVA, 11 JAN – Siklon Tropika Cody membawa kemusnahan di Fiji, khususnya di sebelah barat Viti Levu, pulau utama negara itu dan beberapa kawasan tengahnya yang terpaksa bergelap apabila infrastruktur tenaga rosak teruk.

    Siklon itu membadai dengan hujan lebat dan banjir, mengakibatkan kerosakan teruk kepada infrastruktur.

    Sekolah turut ditutup untuk dijadikan pusat pemindahan manakala sebahagian Labasa di Vanua Levu, pulau kedua terbesar Fiji, masih dibanjiri air.

    Pejabat Kaji Cuaca Kebangsaan meramalkan hujan lebat bagi kawasan utara dan ancaman banjir masih kekal.

    Taufan kategori 1 itu mengorbankan seorang, banjir berleluasa yang memaksa 2,000 orang pindah dari kediaman mereka dan mendapatkan perlindungan di 110 pusat pemindahan diaktifkan di seluruh Fiji ketika kemuncak taufan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...