Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Coklat Toblerone bakal kehilangan label ‘Switzerland’

    ZURICH, 24 JUN – Toblerone mengumumkan kelmarin bahawa ia akan menggugurkan label ‘Switzerland’ daripada pembungkusannya kerana coklat berbentuk gunung itu tidak lagi akan dihasilkan secara eksklusif di negara asalnya mulai tahun hadapan.

    Ditubuhkan pada tahun 1908 di kilang keluarga Tobler, coklat segi tiga itu telah dihasilkan di Bern iaitu di tengah-tengah negara Alpine.

    Walau bagaimanapun, pemilik jenama itu iaitu syarikat makanan Amerika, Mondelez International, berkata bahawa Toblerone akan membuka barisan pengeluaran baharu di Slovakia menjelang akhir tahun untuk bertindak balas terhadap permintaan orang ramai yang semakin meningkat.

    Mondelez International juga memberitahu AFP dalam satu kenyataan melalui hantaran e-mel bahawa ia akan terus melabur dalam kilang Bern.

    Pelancaran barisan pengeluaran di Slovakia, di mana Mondelez turut mengeluarkan coklat Milka dan Suchard, ‘akan membuka kunci pengeluaran coklat yang besar’ di tapak Bern, yang akhirnya akan “membolehkan pengeluaran berjuta-juta bar coklat tambahan,” kata Mondelez.

    “Atas sebab undang-undang, perubahan yang dibawa kepada pengeluaran kami memerlukan penyesuaian pembungkusan kami untuk mematuhi undang-undang Switzerland, terutamanya untuk mengeluarkan perkataan ‘Switzerland’ daripada bahagian pembungkusan,” jelas syarikat itu.

    Toblerone menghasilkan sebanyak tujuh bilion bar coklat setahun, dengan 97 peratus daripada pengeluaran telah dieksport ke 120 buah negara. Coklat tersebut juga boleh didapati ada di mana-mana di kedai bebas cukai lapangan terbang di seluruh dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...