Coldplay dan BTS kini rasmi berkolaborasi

Menerusi laman Twitter, British rock band, Coldplay telah memuatnaik teaser gambar untuk single mereka akan datang, My Universe yang bakal menampilkan BTS. Difahamkan, ia bakal dirilis pada 24 September ini.

My Universe juga akan tersedia sebagai two track CD single edisi terhad, dan cover didalamnya akan memuatkan lirik hasil karya oleh Coldplay dan BTS. Dua lagu tersebut adalah My Universe versi original dan versi instrumental.

Terdahulu, pada Jun 2021, Vokalis Coldplay, Chris Martin pernah disoal mengenai kolaborasi bersama BTS. Beliau kemudian menjelaskan bahawa beliau sangat menyukai BTS dan tidak akan pernah mengatakan tidak untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal di dunia itu.

“Saya sangat menyukai mereka, dan apabila lagu yang tepat telah tiba, saya tidak akan pernah mengatakan tidak,” ujar Chris. – Agensi

Coldplay (kanan) telah memuatnaik teaser gambar untuk single mereka akan datang, My Universe yang bakal menampilkan BTS. – Agensi