Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Coleman menang 100m selepas penggantungan

    TOKYO, 8 MEI – Bintang pecut Amerika Syarikat, Christian Coleman menduduki tempat pertama dalam penampilan acara sulungnya 100m selepas kembali daripada penggantungan kerana melanggar peraturan anti-doping, mencatatkan masa 10.09 saat yang cukup baik di Tokyo kelmarin.

    Penyandang juara dunia 100m itu membuat kemunculan semula pada Januari lalu selepas penggantungan 18 bulan akibat gagal mematuhi syarat-syarat tempat tinggal, yang menghalangnya daripada menyertai Sukan Olimpik Tokyo musim panas lalu.

    Pelari berusia 26 tahun itu akhirnya menjejakkan kaki di trek Stadium Nasional Jepun untuk 100m pertamanya musim ini kelmarin, satu pengalaman yang membuatnya berasa agak seronok secara keseluruhan.

    Yuki Koike dari Jepun memenangi tempat kedua dalam masa 10.22 saat, dan Rohan Browning dari Australia menduduki tempat ketiga dalam masa 10.23 saat.

    Penonton tidak dibenarkan menghadiri acara olahraga Olimpik kerana kebimbangan COVID, tetapi kelmarin peminat memenuhi ruang bawah stadium, bertepuk tangan dengan penuh semangat untuk pasukan kegemaran mereka.

    Atlet Amerika mendominasi acara utama kelmarin, termasuk Rai Benjamin, yang memenangi pingat perak dalam acara 400m lari berpagar pada Sukan Olimpik tahun lepas dengan catatan masa 46.17 saat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...