Collins kecewakan Halep di WTA Montreal

MONTREAL, 12 OGOS – Danielle Collins meranapkan kemunculan semula Simona Halep selepas pulih dari kecederaan selama tiga bulan semalam, mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia itu dalam tiga set pada pusingan kedua kejohanan gelanggang keras WTA di Montreal.

Halep dari Romania, yang memenangi gelaran Kanada pada 2016 dan 2018, berjaya menyelamatkan empat mata dalam perlawanan terakhir epik yang berlangsung hampir tiga jam mengalami kekalahan 2-6, 6-4, 6-4.

Collins dari AS mengekalkan rentak kemenangannya kepada 12 perlawanan berturut-turut yang menyaksikannya meraih gelaran di Palermo dan San Jose.

Halep sebelum ini terlepas aksi di Roland Garros, Wimbledon dan Olimpik kerana kecederaan betis.

Halep kali terakhir bertanding di Rom pada pertengahan Mei sebelum menjalani rawatan dan pemulihan.

Aksi Danielle Collins dari AS ketika melakukan pukulan bola semasa perlawanan pusingan kedua menentang Simona Halep dari Romania di WTA di Montreal, Kanada, semalam. – AFP

“Ia adalah perlawanan yang bagus terutama selepas rehat beberapa bulan,” kata Halep.

“Saya bermain dengan sangat baik dan saya gembira dengan segala-galanya, agak tidak dijangka.

“Saya semakin baik dan saya positif mengenai bagaimana saya bermain.

“Selepas tiga bulan, sukar untuk bermain tiga jam pada tahap tinggi dengan seseorang yang telah memenangi banyak perlawanan.”

Collins memastikan Halep berada di bawah tekanan sepanjang perlawanan.

Pemain pilihan utama Aryna Sabalenka melakukan 18 ace untuk mara ke pusingan ketiga, pemain nombor tiga dunia dari Belarus itu mengalahkan finalis 2018, Sloane Stephens 7-6 (7/4), 4-6, 6-4 dalam dua jam setengah.

Sabalenka, pemenang dua gelaran musim ini, meningkatkan rekod 2021nya menjadi 36-12.

Dia seterusnya akan berdepan pemaind dari Kanada, Rebecca Marino, pemain nombor 220 yang berhenti dari sukan tenis selama lima tahun dari 2013 demi kesihatan mentalnya.

Marino terus mengagumkan di laman sendiri, mengalahkan pemain Paula Badosa dari Sepanyol dengan 1-6, 7-5, 6-4. – AFP