Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Cologne berpesta gol benam Bremen

    BERLIN, 22 JAN – Peminat pasukan Cologne meraikan kemenangan besar setelah membenam Werder Bremen 7-1, kemenangan terbesar di Bundesliga dalam tempoh 40 tahun.

    Kemenangan itu adalah kemenangan Cologne yang terbesar dalam liga sejak mereka mengalahkan Kickers Offenbach 8-1 pada musim 1983-84.

    Bermain dalam perlawanan pertama mereka selepas rehat musim sejuk bola sepak Jerman selama 10 minggu, Cologne menjaringkan lima gol dalam 36 minit pertama.

    Penyerang Bremen dari Jerman, Niclas Fuellkrug menjaringkan satu gol sebelum rehat, tetapi Cologne menambah dua lagi pada separuh masa kedua.

    Bekas penyerang Borussia Dortmund, Steffen Tigges dan pemain antarabangsa Tunisia, Ellyes Skhiri menjaringkan untuk Cologne, Linton Maina dan Denis Huseinbasic turut mencipta nama selaku penjaring.

    Gol sendiri daripada pemain Bremen, Marco Friedl melengkapkan kekalahan itu. Tigges memuji rancangan perlawanan jurulatih Steffen Baumgart dan pasukannya kerana melaksanakannya dengan sempurna.

    “Kami melihat prestasi pasukan yang besar. Kami melaksanakan semua yang kami mahu lakukan. Ia merupakan hari yang sempurna untuk kami bermain dengan cemerlang,” katanya.

    Pemain tengah Bremen, Mitchell Weiser berkata, “Kami hanya boleh menyalahkan diri sendiri” atas prestasi buruk itu, menjanjikan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang.

    “Ia tidak akan berlaku kepada kita seperti ini lagi. Saya boleh berjanji itu.” – AFP

    Reaksi pemain Werder Bremen meraikan gol ketika menentang Cologne FC, tetapi kalah teruk setelah tamat perlawanan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...