Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Colombia benam Poland 3-0

    KAZAN, Rusia, 25 Jun – Radamel Falcao, Yerry Mina dan Juan Cuadrado menjaringkan gol untuk membuka peluang buat Colombia mara ke pusingan 16 terakhir selepas menewaskan Poland 3-0, awal pagi tadi.

    Pada aksi yang mempertaruhkan pasukan kalah akan pulang awal dari kejohanan itu selepas tamat aksi peringkat kumpulan, Colombia mengatasi perasaan gugup di awal permainan berdepan anak buah Adam Nawalka untuk berada di tangga ketiga Kumpulan H, satu mata di belakang Jepun dan Senegal.

    Malah, Poland berdepan saat mengecewakan apabila menjadi pasukan pertama Eropah yang tersingkir dari kejohanan itu.

    “Saya rasa sangat bersalah dan sedih terhadap keputusan itu, tetapi esok atau hari yang akan datang, kami akan memahami perkara itu,” kata Nawalka.

    Reaksi Yerry (kanan) dan rakan sepasukannya, Davinson Sanchez ketika meraikan gol pembukaan dalam perlawanan mereka menentang Poland di Kazan, kelmarin. – AP

    “Pemain saya sudah melakukan yang terbaik hingga tamat permainan. Kami tewas kepada satu pasukan yang sangat kuat dan ia sesuatu kami harus terima. Saya ucapkan tahniah kepada Colombia.”

    Wakil Amerika Selatan itu akan menentukan nasib mereka untuk ke pusingan 16 terakhir selepas keputusan perlawanan terakhir kumpulan berdepan Senegal yang terikat 2-2 dengan Jepun.

    Colombia mara hingga ke suku akhir pada kejohanan sama di Brazil empat tahun lalu dengan berterima kasih kepada James Rodriguez yang menyumbang enam gol kepada skuad Los Cafeteros. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda