Colombia mula optimis

SALVADOR, 24 JUN – Colombia semakin yakin melangkah ke suku akhir Copa America selepas mengungguli Kumpulan B dengan rekod sempurna selepas membenam Paraguay 1-0 di Salvador, semalam, kata penjaring gol tunggal Gustavo Cuellar.

Jurulatih dari Portugal, Carlos Queiroz melakukan 10 perubahan pemain dalam pasukannya ketika Colombia sudah mengesahkan tempat sebagai juara Kumpulan B, namun pasukan kedua itu ternyata terlalu kuat buat Paraguay, sekalipun satu gol dan penalti dibatalkan pada babak kedua oleh VAR.

“Kami mencipta banyak peluang berbahaya, kami di landasan tepat dan kami layak ke pusingan berikutnya dengan penuh keyakinan,” kata Cuellar, jaringannya pada minit ke-31 dari sudut sukar melepasi celah kaki penjaga gol Roberto Fernandez.

Colombia sudah menjuarai kumpulan itu selepas kemenangan ke atas Argentina (2-0) dan pasukan jemputan Qatar (1-0), mengakhiri kempen peringkat kumpulan tanpa dibolosi sebarang gol. – AFP

Gustavo Cuellar (kiri) meraikan jaringan bersama Santiago Arias semasa menentang Paraguay di Fonte Nova Arena, kelmarin. – AFP