ASUNCION, 21 MEI – Badan Pengelola Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) semalam menolak permintaan Colombia untuk menangguhkan kejohanan Copa America 2021 yang menjadi tuan rumah bersama Argentina.
Kejohanan yang akan berlangsung di Colombia pada 13 Jun hingga 10 Julai sebaliknya akan dipindahkan ke Argentina, kata CONMEBOL, dengan menyatakan bahawa ‘mustahil’ memindahkan acara itu bulan November seperti yang diminta pihak berkuasa di Bogota.
Kenyataan persekutuan dalam kenyatannya menyatakan ia adalah disebabkan oleh kalendar antarabangsa dan logistik kejohanan.
Colombia berada di tengah gelombang protes dan rusuhan yang mengakibatkan 42 orang maut. Kes COVID-19 juga meningkat dalam beberapa minggu terakhir.
Demo antikerajaan yang besar dan ganas telah berlaku di Bogota, Medellin dan Cali, bandar-bandar di mana perlawanan Copa America akan berlangsung. Pada 13 Mei, kejohanan kelab Amerika Selatan Copa Libertadores di Barranquilla ditangguhkan lima kali kerana gas pemedih mata digunakan untuk meredakan demonstrasi di luar stadium dan menyerang para pemain.
Di Argentina, Presiden Alberto Fernandez mengatakan negaranya akan bersedia menjadi tuan rumah sepenuhnya jika Colombia menarik diri. Tetapi Argentina sedang berhadapan dengan fasa terburuk dalam wabak COVID-19 dan Fernandez mengumumkan bahawa Argentina akan menjalani perintah berkurung selama sembilan hari untuk mengawal penularan virus. – AFP



































