Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Colorado Classics bakal kembali lagi

    CHOCAGO, 26 Jan – Dua tahun selepas USA Pro Challenge terakhir yang telah membawa pekayuh basikal terbaik ke Rocky Mountains, para penganjur telah mengumumkan beberapa rancangan untuk Colorado Classics bagi mengembalikan pekayuh pro ke rantau itu.

    RPM Events Group telah mengumumkan acara empat peringkat lelaki akan dipertandingkan pada 10 hingga 13 Ogos, melalui Denver, Colorado Springs dan Breckenridge, manakala acara wanita pula berlangsung pada 10 hingga 11 Ogos.

    Tidak ada laluan didedahkan tetapi para penganjur berkata perlumbaan itu akan berjalan sejauh lebih 300 batu setiap hari, di lokasi permulaan dan penamat yang sama.

    “Saya tidak sabar untuk sekali lagi menunjukkan keindahan negeri ini kepada dunia ketika Colorado Classics,” kata Pengerusi RPM Events Group, Ken Gart.

    Peringkat pertama akan diper-tandingkan di Colorado Springs dengan peringkat kedua di Breckenridge dan dua peringkat terakhir dipertandingkan di Denver. Manakala untuk wanita pula, peringkat permulaan akan dibuat di Colorado Springs dan kayuhan akhir di laluan Denver bagi hari kedua. “Saya sungguh teruja untuk melihat Colorado sekali lagi,” kata Connie Carpenter Phinney, atlet yang pertama sekali memenangi perlumbaan jalan raya Olimpik wanita. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda