Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    CONCACAF umum 9 stadium kejohanan Piala Emas

    MIAMI, 23 APRIL – Sembilan buah stadium di seluruh Amerika Syarikat, enam daripadanya di Texas dinamakan sebagai tempat tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Emas oleh badan persatuan bolasepak wilayah Amerika Utara (CONCACAF).

    Juara bertahan, Mexico, yang mengalahkan Amerika Syarikat 1-0 pada 2019 sedang memburu gelaran kelima dalam tujuh acara percubaan, yang berlangsung dari 2 Julai hingga 1 Ogos depan.

    Stadium Allegiant di Las Vegas, tempat pasukan NFL Raiders, telah diumumkan sebagai tempat pertandingan kejuaraan sementara peringkat awal yang telah ditetapkan pada 2 hingga 6 Julai di Stadium DRV PNK di Fort Lauderdale, Florida.

    Tempat tuan rumah untuk perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir akan merangkumi tiga tempat di metropolitan Dallas, Stadium AT&T di Arlington, NFL Cowboys, Cotton Bowl di Dallas dan Stadium Toyota di Frisco.

    Sementara itu, di Texas merangkumi dua tempat di Houston, Stadium NRG, NFL Texans dan Stadium BBVA serta Stadium Q2 di Austin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda