Concepts anjur pejabat terbuka TBC

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Syarikat Concepts Computer Sdn Bhd telah mengadakan pejabat terbuka bagi para jemputan dan ahli korporatnya, kelmarin.

Kehadiran para jemputan ke Dewan Brilliance, Bangunan Habza, Kampung Kiulap telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao bersama isteri.

Pada majlis itu, para jemputan bukan sahaja disajikan pelbagai jenis hidangan istimewa bahkan menyaksikan warga Concepts Computer dan warga media menggaul ‘Yee Sang’.

Antara lain tujuan acara tersebut diadakan adalah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan bersama ahli korporat mereka yang setia sehingga kini.

Syarikat berkenaan juga menunjukkan perkembangan yang sangat bagus dengan mengutamakan peluang

Vincent Pao bergambar ramai bersama warga Concepts Computer pada majlis sambutan TBC yang diadakan di Kampung Kiulap, kelmarin.
Vincent Pao bersama tetamu dan pengamal media menggaul ‘Yee Sang’ pada majlis sambutan TBC yang diadakan syarikat berkenaan, kelmarin.

pekerjaan kepada anak-anak tempatan.