Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Para pengguna peralatan komputer dan peranti pintar yang inginkan perlindungan daripada kehilangan data disebabkan kehilangan bekalan tenaga ketika menggunakan peralatan elektronik, komputer atau peranti mereka, Schineider Electric, pembuat barangan APC (American Power Conversion) dan Concepts Computer, akan mengadakan Promosi Trade-In.
Promosi ini diadakan untuk ahli-ahli sahaja bagi dua model alat pembekal tenaga sementara bagi pejabat kecil atau rumah iaitu APC BX650 dan APC BX1100 UPS, yang kini boleh diperoleh di Concepts Computer, Kiulap.
APC yang dikenali dengan produk inovatif dan berkualiti tinggi, memberikan peluang untuk orang ramai mendapatkan perlindungan maksimum bagi barangan elektronik mereka dengan produk yang mempunyai harga yang berpatutan.