Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Concepts Computer bijak intai peluang

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Pasukan bola keranjang veteran Concepts Computer berjaya mengalahkan pasukan veteran RYS semasa perlawanan Kumpulan A dalam Kejohanan Bola Keranjang Low San, kelmarin dengan keputusan 79-66.

    Perlawanan menjadi sangat sengit pada penghujung suku kedua dengan pasukan RYS mendahului permainan dengan kelebihan dua mata sahaja. Namun, pasukan Concepts Computer bangkit pada suku ketiga dengan mendahului 53-47 apabila RYS hanya mampu menambah lapan mata.

    Concepts Computer bijak mengambil kesempatan untuk menang dalam perlawanan kali ini selepas dua orang pemain RYS, Erwin yang mengalami kekejangan otot dan Loo Yau Wai yang mengalami kecederaan terpaksa dikeluarkan dari gelanggang.

    Untuk rekod, penjaring dua digit bagi pasukan Concepts Computer ialah Jauhali dengan 16 mata, Tugbo 13, serta Felicilda dan Malit masing-masing menjaringkan 12 mata. Sementara itu, Erwin menyumbangkan 16 mata dan Ho Hee Lee menambah 13 mata untuk pasukan RYS.

    Bagi Kumpulan B, pasukan Linktech tewas 68-88 kepada pasukan D’ Barkadz.

    Perlawanan seterusnya di antara pasukan RYS dan GHK akan diadakan pada 12 November, sementara pasukan Concepts Computer bakal bertemu pasukan TK Tea House pada 15 November.

    Aksi pasukan bola keranjang veteran Concepts Computer menentang pasukan veteran RYS dalam perlawanan kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...