Concepts Computer lancar kenderaan berwajah baharu

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Bagi meningkatkan lagi khidmat penghantaran dengan lebih cepat dan tepat, Concepts Computer telah melancarkan kenderaan syarikat tersebut yang dihiasi warna segar, lakaran seni serta logo dua jenama utamanya, Epson dan Acer.

Hadir merasmikan kenderaan berwajah baharu itu ialah Pengarah Urusan Concepts Computer, Vincent Pao dan wakil Epson Malaysia dan Acer dari Jepun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Kewangan Concepts Computer, Alice Chan; Pengarah Urusan Epson Malaysia Sdn Bhd, Daisuke Hori; Pengurus bagi Pengurusan Keluaran dan Pengurusan Perniagaan dalam Jualan dan Pemasaran, Epson Malaysia Kelvin Chang; Eksekutif Kanan Runcit Concepts Computer, Azalinah Tuah; dan Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman.

Vincent Pao semasa ditemui berkata, “Concepts Computer sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada pelanggan, terutama sekali dalam penghantaran produk mereka dengan cepat dan tepat pada waktunya.”

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Muhd Azizan Akmal bin Haji Matali.

Vincent Pao bersama wakil dari Epson Malaysia dan Acer Jepun bergambar ramai setelah merasmikan kenderaan yang berwajah baharu.