Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Concepts Computer melangkah ke separuh akhir

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Pasukan Concepts Computer pada Isnin berjaya mengesahkan kedudukannya di peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Keranjang Low San selepas menumpaskan pasukan GHK 68-51.

Jauhali menyumbangkan 25 mata untuk Concepts Computer termasuk tiga jaringan tiga-mata sementara rakan sepasukan, Stugbo menambah 14 mata. Manakala, Liu Kun Shyong menjaringkan 11 mata untuk GHK. Walaupun ketiadaan pemain tunjang, Emin Poljarevic dan Yahya Nanhock, pasukan GHK mampu memberikan saingan dan aksi yang menakjubkan. Kedua-dua pasukan mendapat 30 mata pada penghujung separuh masa pertama.

Walau bagaimanapun, Concepts Computer berjaya menjarakkan diri pada suku ketiga dengan menggandakan pertahanan yang mengehadkan serangan GHK sehinggakan pasukan itu hanya mampu menjaringkan empat mata sahaja. Dengan momentum yang ada, Concepts Computer meneruskan dominasi pada suku keempat sekali gus mencatat kemenangan.

Dalam perlawanan lain, pasukan Linktech terpaksa akur dengan kekalahan selepas pasukannya kekurangan ahli untuk bermain, sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada pasukan Ra Kin. Concepts Computer bakal berdepan pasukan ACCG dalam aksi separuh akhir pada jam 8:30 malam sementara pasukan TK Tea House bakal bertemu pasukan Menglait Group pada jam 7 malam, 4 Disember ini.

Aksi pemain Concepts Computer, Stugbo melakukan jaringan semasa perlawanan menentang GHK.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

51 Terbunuh dalam tragedi pengangkutan di Pakistan

BELLA, PAKISTAN, 29 JAN – Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dalam dua kemalangan pengangkutan berasingan di barat Pakistan hari ini apabila sebuah bas terjunam dari...
- Advertisment -