Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Dengan meningkatnya populariti permainan PC Games atau lebih dikenali dengan e-Sukan, Concepts Computer kelmarin telah membukakan sebuah pusat pengalaman permainan e-Sukan di Concepts Computer Kiulap secara percuma kepada orang ramai.
Pembukaan pusat berkenaan dikhususkan untuk para pengemar e-Sukan dengan tujuan untuk meningkatkan pandangan yang positif terhadap permainan yang mana ia juga boleh meningkatkan lagi status e-Sukan di negara ini.
Sebagai sebuah pusat e-Gaming pertama yang ditawarkan secara percuma, Concepts Computer berharap ia akan dapat menyokong inisiatif kerajaan untuk penduduk Brunei bagi menyertai aktiviti pertandingan e-Sukan secara profesional pada Sukan SEA 2019 nanti yang akan berlangsung di Filipina.
