Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Lima model baharu mesin pencetak jenama Brother diperkenalkan di pasaran negara ini dengan harga yang berpatutan melalui Bilster Technologies di Citis Square hari ini, di mana mesin ini memberikan lebih keselesaan kepada penggunanya.
Mesin pencetak Brother itu bukan sahaja mampu mencetak lebih daripada 1,000 keping, malah ia juga dilengkapi sistem tanpa wayar yang memberi keselesaan kepada pengguna untuk mencetak kerja mereka.
Turut hadir pada majlis pelancaran mesin pencetak terbaharu Brother itu, Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao.
Pada pelancaran mesin pencetak Brother itu, Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Bilster Technologies, Dayang Norsurya binti Haji Sabali menjelaskan, mesin pencetak Brother adalah yang terbaik untuk semua pengguna di samping mereka juga menyediakan waranti selama tiga tahun untuk produk ini.
“Waranti untuk tempoh tiga tahun itu adalah untuk memperlihatkan keyakinan Bilster, di mana produk ini telah diterjemahkan kepada tawaran perkhidmatan jualan yang terbaik kepada pelanggan,” jelasnya.
Bilster Technologies merupakan pengedar sah Dell di Negara Brunei Darussalam dan memasarkan pelbagai produk IT seperti komputer, projektor, monitor dan lainnya dengan harga yang berpatutan.