Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Concepts lanjut Promosi Trade In sempena Hari Raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Orang ramai yang mempunyai peralatan IT yang tidak digunakan lagi boleh membawanya ke Concepts Computer, Kiulap untuk mendapatkan pelbagai produk serta jenama IT terbaharu pada harga yang istimewa menerusi Promosi Trade In.

    Promosi itu juga bertepatan dengan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang serta untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu penting termasuk pemuliharaan alam sekitar.

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata bahawa menerusi promosi itu, syarikatnya memberikan peluang kepada orang ramai untuk membawa peralatan lama mereka supaya dapat dilupuskan secara selamat dan profesional serta pada masa yang sama, mendapatkan diskaun istimewa bagi pelbagai produk IT baharu termasuk monitor, mesin cetak, komputer riba, peranti komputer dan komputer pelbagai jenama termasuk Epson dan Acer.

    Menurut Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman, tempoh Concepts trade-in berkenaan akan berakhir esok tetapi bagi meraikan musim perayaan Hari Raya, promosi itu telah dilanjutkan sehingga pertengahan Mei depan untuk memberikan lebih masa bagi pelanggan-pelanggan mereka membuat keputusan menyertai dalam promosi berkenaan.

    Peralatan IT yang dibawa orang ramai untuk mendapatkan tawaran harga istimewa bagi produk IT terbaharu di Concepts Computer, Kiulap. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...