Concepts terima Anugerah Best Performing Brunei Partner 2019

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Concepts Computer

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Concepts Commercial Suppliers diberikan penghormatan oleh Acer, apabila buat 18 tahun berturut-turut menerima Anugerah Best Performing Brunei Partner 2019 dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Acer Malaysia Sdn Bhd ke-30 yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir untuk menerima anugerah berkenaan bagi pihak Concepts ialah Pengarah Urusan Concepts Commercial Supplier, Vincent Pao. Pada majlis berkenaan, anugerah disampaikan oleh Pengarah Urusan Acer Malaysia Sdn Bhd, Ricky Tan dan Pengarah Produk dan Perniagaan Pengguna dari Acer Sales and Services Sdn Bhd, Johnson Seet.

Turut hadir semasa majlis penghargaan berkenaan ialah Pengawal Kewangan Kumpulan Concepts, Alice Chan.

Vincent Pao dipetik menyatakan penghargaan kepada Acer Malaysia atas penghormatan yang diberikan kepada mereka.

Vincent Pao (tengah) menerima Anugerah Best Performing Brunei Partner 2019 yang disampaikan oleh Ricky Tan dan Johnson Seet di Majlis Sambutan Ulang Tahun Acer Malaysia Sdn Bhd ke-30 yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, baru-baru ini.