Conde bersaing untuk penggal ketiga

CONAKRY, 18 OKT – Penduduk Guinea hari ini mula mengundi dalam pilihan raya presiden dengan presidennya ketika ini, Alpha Conde, 82, bakal bersaing lagi untuk terus menjadi presiden bagi penggal ketiga yang penuh kontroversial.

Pengundian – yang pertama dalam sejarah di Afrika Barat dilakukan di tengah pergolakan politik selama berbulan-bulan di bekas jajahan Perancis, di mana berpuluh-puluh orang telah terbunuh semasa tindakan keras keselamatan terhadap tunjuk perasaan besar-besaran terhadap tindakan Conde.

Kempen bagi undian pertama itu turut menyaksikan Conde bersaing dengan Cellou Dalein Diallo.

Orang ramai berbaris di tempat mengundi dan pengundian bermula kira-kira setengah jam menjelang permulaan undian yang dijadualkan. Conde telah mencadangkan kepada pelaksanaan perlembagaan baharu pada Mac lalu, dengan alasan untuk memajukan negara itu. – AFP

Alpha Conde (tengah) ketika membuang undi bagi pilihan raya presiden di Conakry, kelmarin. Conde akan bersaing untuk terus menjadi presiden bagi penggal ketiga yang penuh kontroversial. – AFP