Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Condor tempah 41 jet Airbus A320

    PARIS, 25 JULAI – Syarikat penerbangan Jerman Condor telah menempah 41 buah jet A320 Airbus ketika ia memperbaharui armadanya dengan pesawat udara yang menggunakan kurang bahan api dan mengeluarkan kurang karbon dioksida.

    Tempahan adalah untuk 13 buah jet A320 dan 28 jet A321 yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney bermula pada musim bunga 2024, kata Condor dan Airbus dalam kenyataan bersama. Harga katalog adalah 5 bilion euro (AS$5.1 bilion) tetapi harga pembelian akhir biasanya berbeza disebabkan kemungkinan diskaun yang ditawarkan kepada pelanggan.

    “Dengan mengganti seluruh armada jarak jauh kami dengan pesawat udara dua liter terbaharu pada awal 2024, ia adalah langkah yang jelas untuk kami memodenkan armada jarak dekat dan sederhana juga,” kata ketua eksekutif Ralf Teckentrup. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...