Congo perkenal vaksin Ebola kedua

GOMA, 14 NOV – Pihak berkuasa Republik Demokratik Congo hari ini memperkenalkan vaksin kedua untuk memerangi virus maut Ebola di timur negara itu kata badan amal Doktor Tanpa Sempadan (MSF).

Ia berkata vaksin baharu itu, dihasilkan oleh anak syarikat Johnson & Johnson, Belgium yang bertujuan untuk melindungi kira-kira 50,000 orang dalam tempoh empat bulan.

Lebih daripada 250,000 orang di rantau tersebut sudah pun menerima dos vaksin anti-Ebola yang lain sejak tahun lepas.

Dr Congo mengisytiharkan wabak Ebola pada bulan Ogos 2008 konflik di wilayah timur Kivu, Selatan Kivu dan Ituri, sempadan Uganda, Rwanda dan Burundi. – AFP