Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Congo ungguli Kumpulan C

    PORT-GENTIL, 25 Jan – Junior Kabananga telah membantu Republik Demokratik Congo mencatat kemenangan selesa 3-1 menewaskan Togo di Port-Gentil awal pagi tadi dan seterusnya mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.

    Jaringan pembukaan perlawanan yang dihasilkan oleh Kabananga hadir sejurus sebelum setengah jam perlawanan dan Neeskens Kebano menambah menggandakan jaringan dengan gol pada minit ke-54, sebelum Kodjo Fo-Doh Laba kembali merapatkan kedudukan untuk Togo.

    Namun, sepakan percuma Paul-Jose Mpoku ketika perlawanan berbaki 10 minit melengkapkan kedudukan 3-1 untuk Congo sekali gus memastikan kedudukan selesa dengan menggunguli Kumpulan C.

    Kini mereka akan kembali ke Oyem di utara Gabon bagi saingan suku akhir pada hujung minggu ini.Maghribi juga mara selepas merakamkan kemenangan 1-0 mengatasi Ivory Coast. – AFP

    Pemain Congo, Junior Kalinji (kanan) dicabar oleh Bebou Ihlas dalam aksi Kumpulan C antara Congo dan Togo di Port-Gentil. - AP
    Pemain Congo, Junior Kalinji (kanan) dicabar oleh Bebou Ihlas dalam aksi Kumpulan C antara Congo dan Togo di Port-Gentil. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda