CONMEBOL gantung dua pengadil

ASUNCION, 18 NOV – Badan induk bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) hari ini menggantung dua pengadil Uruguay kerana tidak melihat insiden menyiku ketika pertembungan Argentina-Uruguay pada kelayakan Piala Dunia.

Pada minit ke-33, pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi melakukan kekasaran terhadap pemain sayap Brazil, Raphinha di muka dengan menyikunya ketika cuba mengawal bola.

Ia menyebabkan mulut Raphinha berdarah dan ada laporan mengatakan dia memerlukan sehingga lima jahitan pada babak pertama. Bagaimanapun, pengadil Andres Cunha tidak mempedulikan insiden itu malah pegawai VAR, Daniel Ostojich tidak berminat menelitinya.

Komisioner pengadil CONMEBOL menegaskan kedua-dua pengadil terba-bit melakukan kesalahan serius ketika menjalankan tugas.

Menurutnya, Otamendi bersalah membahayakan fizikal Raphinha dengan menyiku muka pemain lawan. Perlawanan berkenaan berkesudahan 0-0 yang memberikan Argentina tempat ke Piala Dunia pada tahun depan di Qatar. Brazil sudah layak minggu lalu. – AFP

Raphinha menunjukkan darah di mulutnya kepada pengadil Andres Cunha semasa perlawanan kelayakan Amerika Selatan menentang Argentina di stadium Juan del Bicentenario di San Juan, Argentina pada 16 November 2021. – AFP